Berita Harian
Kedutaan pantau situasi kawasan dilanda gempa, tsunami
“Malah, semua pegawai kedutaan dan keluarga mereka juga dilaporkan selamat.
Pada masa sama, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan di negara itu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
Katanya, Wisma Putra juga sudah membuka bilik Operasi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.
Orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi Bilik Operasi Wisma Putra di talian 03-88874570/03-88874770/03-88892746 dan 03-88892830.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Kaunselor Kedutaan Malaysia, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di talian +8190 9975 3122 atau e-mel: wayusri@kln.gov.my atau Setiausaha Pertama kedutaan, Rina Hanis Rodzli di talian +8180 3506 7636 atau e-mel rina0377@kln.gov.my.
Semalam, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami hingga menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
2011/03/12
PEKERJA memeriksa keadaan jalan yang merekah akibat gempa kuat di Mito, Ibaraki Jepun, semalam.
PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan sehingga petang semalam pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian membabitkan rakyat Malaysia berikutan kejadian tsunami yang melanda Jepun.Jurucakap Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi di negara itu dan berusaha menghubungi rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di kawasan dilanda tsunami.“Malah, semua pegawai kedutaan dan keluarga mereka juga dilaporkan selamat.
Pada masa sama, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan di negara itu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
Katanya, Wisma Putra juga sudah membuka bilik Operasi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.
Orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi Bilik Operasi Wisma Putra di talian 03-88874570/03-88874770/03-88892746 dan 03-88892830.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Kaunselor Kedutaan Malaysia, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di talian +8190 9975 3122 atau e-mel: wayusri@kln.gov.my atau Setiausaha Pertama kedutaan, Rina Hanis Rodzli di talian +8180 3506 7636 atau e-mel rina0377@kln.gov.my.
Semalam, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami hingga menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
No comments:
Post a Comment