Berita Harian
Amaran tsunami bergema di Pasifik
Tanah besar Amerika Syarikat, Kanada terkecuali
SINGAPURA: AMARAN tsunami dikeluarkan di seluruh Pasifik kecuali tanah besar Amerika Syarikat dan Kanada selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter melanda Jepun semalam, kata Pusat Amaran Tsunami Amerika.Amaran itu termasuk di Hawaii dan menganjur dari Mexico sehingga negara Amerika Selatan di Pasifik, kata pusat itu.
Antara negara yang menerima amaran tsunami ialah: Russia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Fiji, Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia dan Peru.
Australia dan New Zealand, yang berada dalam senarai awal amaran, kemudian dikeluarkan. Pusat Amaran Bersama Tsunami Australia mengesahkan tiada ancaman tsunami di negara itu.
Indonesia, yang pernah dilanda tsunami besar pada 2004 apabila 170,000 orang terkorban di wilayah Aceh, berkata ia menjangka ombak tsunami mungkin melanda kawasan timur di Sulawesi Utara, Papua dan Maluku sekitar jam 1135 waktu tempatan.
Pengawal pantai Taiwan memindahkan sejumlah kecil penduduk di bahagian timur awal semalam dan menjelang 1105 waktu tempatan, biro cuaca pusat menarik balik amaran tsunami mengatakan ia menjangka ombak setinggi 10 sentimeter menyerang, berbanding 50 sm yang diramalkan sebelumnya.
Agensi pertahanan awam Hawaii mengarahkan semua penduduk di kawasan pantai dipindahkan termasuk hub pelancong utama di Honolulu dipindahkan menjelang jam 2 pagi waktu tempatan. Ombak tsunami pertama dijangka menyerang Hawaii jam 3 pagi waktu tempatan.
Lori Untalan, seorang pegawai di Pejabat Pertahanan Awam Keselamatan Dalam Negeri Guam memberitahu Reuters, satu amaran tsunami berkuat kuasa di pulau itu.
Pantai dikosongkan dan hotel memindahkan tetamu ke bilik di tingkat tinggi, sementara di Pulau Mariana, semua penduduk diarah berpindah ke tempat tinggi.
Beratus penduduk di kawasan pantai di tiga wilayah utara Filipina mula berpindah ke tempat tinggi selepas kerajaan menaik taraf amaran tsunaminya, walaupun tiada arahan rasmi pengosongan.
Pulau Marshall, satu rangkaian kepulauan kecil Pasifik, sudah bersiap sedia dengan ancaman tsunami, dijangka melanda jam 11.30 malam waktu tempatan.
“Kami tidak pandang ringan perkara ini,” kata Bill Weza, Pengurus Besar Marshall Island Resort Hotel, berdekatan ibu kota Majuro.
“Jika ia cukup besar ia akan menghempas semua kepulauan ini, namun penduduk diberitahu supaya tidak panik dan bertenang.” – Reuters
Amaran tsunami bergema di Pasifik
2011/03/12
KENDERAAN dihanyut tsunami di bandar Kesennuma.

No comments:
Post a Comment