2011/03/20
NOUAKCHOTT: Kesatuan Negara-Negara Afrika hari ini menuntut agar serangan yang dilakukan tentera bersekutu membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Peranchis ke atas Libya, awal pagi ini dihentikan serta merta. Selepas lebih empat jam mesyuarat diadakan kesatuan itu di ibu negara Mauritania, di sini, mereka juga menuntut agar pihak berkuasa Libya memastikan orang awam diberi perlindungan dan bantuan.
Kesatuan itu juga mahu agar rakyat asing dilindungi dan usaha mengeluarkan mereka dari Libya juga perlu dilakukan segera. - AFP
No comments:
Post a Comment