Pages

Wednesday, March 9, 2011

Barat mahu pecah Libya: Gaddafi


myMetro



SEORANG pemberontak mengangkat tangan ketika serangan udara di Ras Lanuf, semalam.
SEORANG pemberontak mengangkat tangan ketika serangan udara di Ras Lanuf, semalam.


TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi semalam menuduh Barat bersekongkol untuk memecah-belahkan Libya.
Menteri Luarnya, Mussa Kussa berkata: “Adalah jelas Perancis, Britain dan Amerika Syarikat kini berhubung dengan pemberontak di timur Libya.

“Ia bermakna ada konspirasi untuk memecah-belahkan Libya.” Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Luar Britain, William Hague mengaku salah faham serius menyebabkan satu pasukan khas yang ditugaskan untuk menghubungi pemberontak Libya ditangkap.

Sementara itu, pentadbiran Barack Obama berkata, ia kini menimbang cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak Libya.

Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates memberi amaran, campur tangan seumpama itu memerlukan kelulusan antarabangsa.


“Adalah terlalu awal untuk berbuat demikian,” kata Gates.

Dalam pada itu, pertempuran baru dilapor meletus di Zawwiyah, tidak jauh dari Tripoli, kubu kuat Gaddafi.

Laporan itu bagaimanapun sukar disahkan kerana penduduk dan wartawan di bandar itu tidak dapat dihubungi menerusi telefon.

Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak mula berundur dari Ras Lanuf, bandar penapisan minyak utama apabila jet penggempur tentera Gaddafi melancarkan serangan berterusan dengan mensasarkan garisan pertahanan pemberontak di pinggir bandar itu. - AP

No comments: