ANGGOTA tentera Jepun mengusung mayat seorang mangsa di Kamaishi, Jepun utara, tiga hari selepas gempa bumi dan tsunami melanda pantai timur negara itu. |
TOKYO: Pasukan penyelamat semalam menemui 2,000 mayat di Miyagi, wilayah paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Stesen penyiaran NHK dan media lain memetik pegawai sebagai berkata, 1,000 mayat ditemui di pantai di Semenanjung Ojika.
Seribu lagi mayat ditemui di Minamisanriku, bandar yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda pantai Pasifik Jepun, lapor NHK yang memetik sumber pegawai negeri.
Bagaimanapun, sehingga petang semalam, angka rasmi kematian yang diberikan oleh Agensi Kebangsaan Polis kekal pada 1,647.
Bagaimanapun, Ketua Polis Miyagi berkata Ahad lalu, jumlah kematian pasti mengatasi 10,000 orang di wilayah itu saja. - AFPmyMetro
1 comment:
sudah baca dan follow blog,.. singgah2 jalan2 di blog www.macamnilahkita.blogspot.com
Post a Comment