Pages

Tuesday, January 4, 2011

Ular ancam mangsa banjir di Australia

Kosmo! Online - Dunia: "

SEEKOR ular menyeberangi sebuah lebuh raya yang dilanda banjir di Rockhampton, Australia semalam.

ROCKHAMPTON, Australia - Pihak berkuasa Australia bimbang mengenai tahap kesihatan dan keselamatan mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing kerana mereka berdepan risiko dengan ular berbisa dan labah-labah, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak enam peluru antibisa ular dan 10 suntikan antibisa merupakan antara ubat-ubatan yang dihantar kelmarin ke Rockhampton sebagai persedian menghadapi serangan ular.

Jurucakap kesihatan menjelaskan bahawa ular dan labah-labah suka bersembunyi di dalam rumah dan bangunan ketika banjir melanda.

Seorang penduduk di sebuah kampung di Depot Hill, Barry Moessinger memberitahu bahawa dia ternampak kira-kira 15 ekor ular dalam masa sehari pada minggu lalu.

'Ular sangat banyak kerana di sini terdapat tikus, katak dan kami tahu ular akan datang,' kata Moessinger.

Datuk Bandar Rockhampton, Brad Carter turut menjelaskan bahawa banjir itu juga mempunyai risiko buaya kerana terdapat beberapa ekor reptilia itu di Sungai Fitzroy.

- Agensi"

No comments: