Pages

Tuesday, January 4, 2011

Pengasas Facebook bernilai RM43b

myMetro | Pengasas Facebook bernilai RM43b: "LOS ANGELES: Facebook menarik pelaburan sebanyak AS$500 juta (RM1.5 bilion) dalam perjanjian yang meningkatkan nilai syarikat berkenaan menjadi AS$50 bilion (RM155 bilion), sekali gus menjadikan pengasasnya, Mark Zuckerber kini bernilai hampir AS$14 bilion (RM43.4 bilion).

Goldman Sachs semalam melabur AS$450 juta (RM1.4 bilion) sementara syarikat pelaburan Russia, Digital Sky Technologies melabur AS$50 juta (RM155 juta), lapor akhbar New York Times.


Pengaliran tunai baru itu akan membolehkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan dan membangunkan lebih banyak produk.

Menurut akhbar itu, Goldman merancang mewujudkan syarikat khas untuk membolehkan pelanggannya melabur dalam Facebook.


Dengan bernilai AS$50 bilion (RM155 bilion), ia akan meningkatkan nilai Facebook lebih tinggi berbanding TYahoo, eBay dan Time Warner. - Agensi"

No comments: