Pages

Monday, January 24, 2011

Pelakon Home Alone keluar dengan aktres porno



MACAULAY CULKIN


BARCELONA, Sepanyol - Pelakon filem Home Alone , Macaulay Culkin, 29, dilihat keluar bersama seorang bintang porno Sepanyol, Irena Lopez di luar sebuah kelab seks di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia sebelum ini telah berpisah dengan kekasihnya, seorang pelakon, Mila Kunis selepas bercinta selama tujuh tahun.
Namun, hubungan Culkin dengan bintang porno itu telah mengundang pelbagai perhatian peminatnya di Internet kerana kebanyakan mereka melihat pelakon dewasa itu masih lagi seorang kanak-kanak.
Selain itu, wajah pelakon itu masih seperti keanak-anakan menyebabkan peminatnya sukar menerima perubahan bintang kanak-kanak itu kepada seorang pelakon yang telah dewasa dan berusia 30 tahun. - Agensi

No comments: