Pages

Sunday, January 23, 2011

Britain lupuskan pesawat RM2.17b




PESAWAT Nimrod MRA 4 akan dilupuskan mulai minggu depan.


LONDON - Badan sembilan pesawat perang tentera antikapal selam akan dipotong dan dileraikan di kilang Syarikat BAE Systems di Woodford pada minggu depan, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Pesawat Nimrod MRA 4 itu yang setiap sebuahnya bernilai £445 juta (RM2.17 bilion) akan menjalani proses peleraian itu kerana ia tidak lagi akan digunakan bagi menjimatkan perbelanjaan pertahanan akibat krisis ekonomi.
Kerajaan Britain menyatakan keputusan untuk melupuskan pesawat itu akan menyelamatkan £2 bilion (RM9.79 bilion) dalam bentuk kos operasi.
Keputusan kerajaan Britain pimpinan Perdana Menteri, David Cameron untuk memusnahkan pesawat itu yang dibuat pada Oktober tahun lalu itu mencetuskan kritikan daripada parti pembangkang.
Namun, Kementerian Pertahanan Britain menyatakan keputusan untuk melupuskan pesawat itu tidak akan ditarik balik.
Beberapa pegawai kementerian tersebut menyatakan, lebih £100 juta (RM489 juta) diperlukan untuk menjadikan pesawat canggih tersebut beroperasi dengan sempurna selepas salah sebuah daripadanya tidak digunakan kerana faktor keselamatan pada tahun lalu.
Pesawat itu dibina oleh syarikat Britain, BAE Systems menerusi perjanjian pada 1996 dan ia terbang buat pertama kali pada September 2009. - Agensi

No comments: