RAHMA AZHARI (tengah) bergambar dengan jurulatih Filipina, Simon McMenemy (kanan) di sebuah disko di Jakarta baru-baru ini. |
JAKARTA - Pelakon sinetron Indonesia, Rahma Azhari, 29, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambar yang menunjukkan wajah miripnya bersama seorang lelaki dalam sebuah kolam mandi tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu menunjukkan seorang wanita mirip Rahma mencium seorang lelaki.
Sebelum ini, Rahma mencetuskan kontroversi apabila bergambar dalam keadaan intim dengan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Filipina, Simon McMenemy.
Isu terbaru itu kini heboh diperbincangkan di jaringan kumpulan Blackberry Messengar (BBM) dalam kalangan peminatnya di negara itu.
Sehingga kini, tiada sebarang pengakuan yang dibuat oleh pelakon filem Pocong Kamar Sebelah itu berhubung isu terbaru tersebut.
Adik kepada pelakon terkenal Ayu Azhari itu juga tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit. - Agensi
kosmo
No comments:
Post a Comment