Pages

Wednesday, October 6, 2010

Askar Israel menari di sekeliling tahanan wanita



BAITULMUQADDIS - Satu rakaman video yang menunjukkan seorang askar menari di sekeliling seorang tahanan wanita yang ditutup matanya telah mencetuskan kemarahan masyarakat Palestin semalam.
Klip itu mendapat perhatian selepas ditayangkan di sebuah televisyen swasta Israel, Channel 10 lewat malam kelmarin.
Ia menunjukkan seorang askar menari mengikut irama sebuah lagu Arab di sekeliling tahanan wanita tersebut.
Imej itu boleh dilihat menerusi laman YouTube.
Mangsa yang memakai tudung itu menghadap ke arah dinding dan matanya ditutup dengan menggunakan kain putih.
Wanita itu dilihat mengungkapkan perkataan Alllahuakbar berulang kali.
Berdurasi hanya lebih seminit, video tersebut pantas dikecam oleh pihak berkuasa Palestin sebagai sangat menghina maruah wanita.
"Ini adalah gambaran jijik tentang mentaliti sakit penceroboh. Ini bukan insiden terpencil," tegas satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad.
Sebagai maklum balas, tentera Israel mengutuk klip itu dan menyatakan polis tentera telah membuka satu siasatan atas insiden yang disifatkannya sebagai terpencil. -AFP

No comments: