GAMBAR fail pada 18 April lalu menunjukkan Mahmoud (dua dari kiri) diberi penerangan ketika menyaksikan sebuah roket untuk misi projek angkasa lepas pada perbarisan tentera Iran.
TEHERAN – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.
Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.
“Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa,” kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.
Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman. – AP
kredit : kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment