Pages

Sunday, July 25, 2010

Ulama benar wanita Islam dedah muka


RIYADH 24 Julai - Seorang ulama popular Arab Saudi menyatakan wanita yang tinggal di negara bukan Islam yang mengharamkan pemakaian penutup muka perlu mematuhi peraturan tersebut.
Ulama tersebut, Sheikh Aedh Al-Garni pada masa sama mengkritik usaha Eropah untuk mengharamkan kelengkapan wanita Islam berkenaan.
Dia berkata demikian bagi menjawab persoalan dari wanita tempatan yang berada di Perancis mengenai pengharaman burqa dan niqab ke atas wanita Islam yang dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut. Pengharaman serupa juga sedang dipertimbangkan di Sepanyol dan Belgium.
Al-Garni menjelaskan, orang Islam tidak berhak untuk mencabar atau membantah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh negara berkenaan dalam fatwanya yang disiarkan dalam akhbar Al-Hayat hari ini.
Sebilangan negara Eropah menghadapi masalah untuk menyeimbangkan percanggahan identiti asal negara mereka dengan peningkatan penduduk Islam dengan amalan budaya hidup mereka. - AP

No comments: