2010/07/13
MAKKAH: Pemerintah Makkah, Putera Khaled al-Faisal, akan mengetuai kerja-kerja membersihkan Kaabah, hari ini.
Menurut pengumuman dibuat Timbalan Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi, Dr Muhammad Bin Nasir Al-Khuzayyam, Khaled akan dibantu dua pemimpin lain, iaitu ketua agensi itu sendiri, Sheikh Saleh Abdul Rahman al-Hussein, dan Pengawal Kaabah, Sheikh Abdul Aziz al-Sheiby.
Katanya, Sheikh Abdul Aziz akan membuka pintu Kaabah kerana keluarganya diberi kepercayaan menjaga anak kunci binaan itu sejak zaman Nabi Muhammad.
“Sejumlah diplomat dan orang kenamaan dari negara Arab akan turut menyertai upacara itu,” katanya.
Khaled dijadual menggosok lantai Kaabah dengan kain direndam dengan air zamzam bercampur air mawar. - Agensi
No comments:
Post a Comment