Pages

Tuesday, July 13, 2010

Iran hasil 20kg bahan bakar reaktor

TEHERAN: Iran berkata, mereka berjaya menghasilkan kira-kira 20 kilogram uranium yang diperkayakan sebanyak 20 peratus dan bersedia menyiapkan plat bahan bakar untuk reaktor nuklearnya.
Ketua agensi tenaga atom Iran, Ali Akbar Salehi, kelmarin berkata menjelang September tahun depan negara itu bakal memiliki bahan bakar berkenaan.
Kenyataan itu dibuat bagi mengukuhkan dakwaan Iran sebelum ini bahawa negara itu menguasai teknik menghasilkan bahan berkenaan, Barat menganggap republik Islam itu tidak memiliki teknologi berkenaan.

Uranium diperkayakan boleh menjadi bahan bakar reaktor nuklear, selain menjadi unsur penting bom atom.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengarahkan usaha meningkatkan pengayaan uranium itu selepas rundingan isu nuklear negara itu mencapai jalan buntu pada Oktober tahun lalu.

Brazil dan Turki menjadi orang tengah menawarkan Iran menghantar uranium diperkaya itu ke Turki sebagai balasan untuk penyelidikan bahan bakar reaktor mereka pada kemudian hari tetapi dipandang sepi negara kuasa besar dunia. - AFP

No comments: