Pages

Friday, June 11, 2010

Kajian: Anak dari bapa lebih tua hadapi risiko lebih tinggi hidap limfoma




LOS ANGELES: Kanak-kanak yang dilahirkan kepada bapa lebih tua menghadapi risiko lebih besar menghadapi limfoma bukan tergolong dalam penyakit Hodgkin, menurut satu kajian terbaru.
Kajian berkenaan, yang didasarkan pada perangkaan 110,999 wanita di California, mendapati bahawa mereka yang dilahirkan kepada bapa-bapa yang sudah berusia melebihi 40 tahun mempunyai 59 peratus kemungkinan menghadapi risiko penyakit tersebut berbanding dengan mereka yang dilahirkan kepada bapa-bapa lebih muda daripada 25 tahun.Kajian yang dikeluarkan semalam di laman web Jurnal Epidemiologi Amerika itu adalah salah satu daripada kajian pertama menyiasat hubungan antara usia ibu bapa dan risiko kanak-kanak mereka yang sudah dewasa menghadapi limfoma bukan jenis Hodgkin, sejenis barah pada sistem darah dan pelalian manusia.Sedang usia lelaki semakin meningkat, mereka mungkin mengumpulkan mutasi dalam sel-sel pembiakannya, yang menambahkan risiko keabnormalan yang dipindahkan kepada anak-anak mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh para pengkaji di pusat kajian dan rawatan City of Hope, di Duarte, Los Angeles.Dapatan itu menambah kepada bukti yang semakin meningkat bahawa usia seorang bapa mungkin mempunyai kesan penting kepada kesihatan anaknya, kata penulis kajian itu, Dr Yani Lu, seorang pengkaji di pusat kajian tersebut. -- Agensi.

No comments: