Pages

Saturday, November 13, 2010

Sharon dibawa balik ke rumah




2010/11/13

BAITULMAQDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang terbaring di katil hospital sejak lima tahun lalu kerana koma, dipindahkan ke rumahnya semalam, kata seorang pegawai hospital. 

Jurugambar AFP melihat ambulans membawa bekas Perdana Menteri itu tiba di rumahnya di Sycamore Farm di selatan Israel awal pagi semalam.Shlomo Noy, ketua unit pemulihan di Hospital Sheba, berhampiran Tel Aviv berkata Sharon yang masih koma dijangka kembali ke hospital Ahad ini dan mengulangi senaman beberapa kali sebelum dipastikan bahawa beliau boleh dirawat di rumah secara kekal.
Ia adalah satu proses berperingkat, apabila sebuah hospital membenarkan pesakit kronik pulang ke rumahnya, kata Noy kepada radio awam. 

Ia adalah satu proses yang teratur, di mana anda memeriksa kesesuaian persekitaran sokongan dan perubatan di mana pesakit mahu ditempatkan. 
Katanya, proses itu membabitkan antara tiga hingga empat kali lawatan setiap 48 jam, diselia kakitangan hospital di rumah. 

Pada 4 Januari 2006, Perdana Menteri itu diserang angin ahmar serta koma. Beliau tidak pernah pulih, menyebabkan berlaku kekosongan dalam politik Israel. 
Sharon, 82, pengsan lima bulan selepas melancarkan laluan baru yang menyaksikannya mengundurkan semua penempatan Yahudi dan tentera dari Semenanjung Gaza selepas 38 tahun. AFP 

No comments: