Kelmarin saya ada menceritakan secara ringkas kepada anda semua mengenaiNabi Ishak hidup selama 180 tahun, tetapi hari ini saya ingin membawa anda berginjak meneroka sedikit kisah mengenai Nabi Nuh yang hidup selama 950 tahun. Antara manusia yang mendapat umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup bersama kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah s.w.t, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah s.w.t, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah s.w.t agar menimpakan bencana kepada mereka. Allah s.w.t mengabulkan permohonannya itu.Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. ALLAH AKAN MENURUNKAN HUJAN YANG SANGAT LEBAT DAN MENGALIRKAN BANJIR YANG SANGAT BESAR SEHINGGA TIDAK ADA SATU PUN DI KALANGAN MEREKA YANG KAFIR AKAN TERTINGGAL.
Setelah tiba waktu yang ditentukan oleh Allah s.w.t, kesemua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain pada zaman Nabi Nuh naik ke atas kapal tersebut. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
“Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Aku Iblis,” jawabnya.
“Dasar Iblis, dia tahu sahaja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.
“Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab Iblis terus terang.
Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Nabi Adam sehinggalah Hari Kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana hanya manusia yang berakal fikiran baik pasti tidak akan mengikuti hasutan Iblis laknatullah itu.
“Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh mengusir iblis keluar dari kapal, Allah s.w.t juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah s.w.t dan terus berusaha menggoda Adam sehingga berhasil.
Dia hanya berkata,“Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga sahaja tetapi akan menyembunyikan darimu dua yang lainnya itu.” Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh agar tidak mendengarkan yang tiga itu, sebaliknya mendengar dua yang lainnya itu.
“Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tetapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nuh.
Iblis berkata,“Wahai Nuh, aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah s.w.t dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua(Adam, Hawa dan Iblis ketika itu) dikeluarkan dari syurga”.
Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh,“Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini.”
“Terima kasih dari apa?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku,” kata Iblis.
“Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah menghantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya.”tambah bicara Iblis lagi.
Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran
Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehingga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.
No comments:
Post a Comment