MICHIGAN - Seorang pelajar buta beragama Islam, Mona Ramouni membeli seekor kuda yang berfungsi sebagai pemandu arah bagi membantunya dalam kehidupan seharian. Mona, 28, pelajar bidang psikologi menggunakan hasil pendapatannya sepanjang bekerja di sebuah syarikat penerbitan tulisan Braille selama tiga tahun untuk membeli kuda itu. Menurut Mona, kuda kecil berusia tiga tahun yang diberi nama Cali itu mempunyai ketinggian 76 sentimeter dan telah dilatih untuk membantunya keluar dari kenderaan dan berjalan di kawasan sesak. "Kuda ini adalah seekor haiwan yang sangat istimewa. Saya berharap dapat membawanya ke tempat-tempat yang tidak mungkin kami dapat pergi tanpa satu sama lain," katanya. |
Monday, November 15, 2010
Kuda jadi pembantu wanita buta
Labels:
buta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment