LOS ANGELES 5 Nov. - Pelakon siri televisyen terkenal Gossip Girl Leighton Meester (gambar), tidak suka melihat gaya rambutnya yang terlalu kemas dan hanya suka tampil dalam keadaan biasa.
Meester berkata, dia tidak berminat memiliki rambut panjang yang didandan bergaya, sebaliknya lebih menyukai rambutnya kelihatan asli.
"Saya tidak suka gaya glamor dengan mendandan rambut.
"Saya lebih suka rambut saya kelihatan seperti biasa ketika saya menari, ia kelihatan begitu seksi ketika bergerak, seolah-olah anda telah keluar untuk beberapa jam," katanya.
Pelakon cantik berusia 24 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia juga tidak suka mengenakan solekan berlebihan setelah memakai gincu.
"Jika saya mengenakan gincu, saya tidak memerlukan selebihnya," ujarnya.
Meester, baru-baru ini turut mendedahkan dia mahu gaya fesyennya sendiri dan inginkan seorang pereka fesyen bersamanya.
Ketika ditanya apakah dia inginkan koleksi pakaiannya sendiri, Meester berkata, jika lebih banyak dia memikirkan berkenaan perkara tersebut, ia membuatkan dia perlu melakukannya.
"Saya tidak pasti apakah ia akan berlaku. namun saya benar-benar suka untuk mengadakan kolaborasi dengan seseorang, saya selalu mempunyai idea berkenaan perkara tersebut.
"Masalahnya saya terlalu meminati ramai pereka fesyen dan juga gemar pelbagai jenis rekaan, ia begitu sukar untuk memilih hanya satu, tetapi mengapa tidak," katanya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment