Pages

Wednesday, November 17, 2010

Google perkenal telefon Gingerbread



Eric Schmidt menunjukkan prototaip telefon pintar Android Gingerbread semasa Sidang Kemuncak Web 2.0 di Francisco, California, kelmarin. - REUTERS



SAN FRANCISCO 16 Nov. - Sebuah telefon bimbit baru Google yang dilengkapi dengan cip yang menjadikannya sebagai dompet maya bagi membolehkan orang ramai 'menyentuh dan bayar', bakal diperkenalkan buat pertama kalinya tidak lama lagi.
Menurut Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt, pengganti kepada telefon pintar Nexus One keluaran firma Internet itu mengaplikasikan perisian baru yang dikenali sebagaiGingerbread dan dilengkapi dengan sebuah cip Near Field Communication (NFC) untuk melaksanakan transaksi kewangan.
"Saya memiliki produk yang belum diumumkan bersama saya.
"Anda boleh mendapatkan telefon ini tidak lama lagi yang boleh digunakan untuk menjalankan perdagangan.
"Pada asasnya, ia mempunyai pelbagai fungsi dan akhirnya menggantikan kad kredit. Dalam industri ini, ia dirujuk sebagai sentuh dan bayar," kata Schmidt ketika mengeluarkan sebuah telefon pintar skrin sesentuh dari poket jaketnya semasa bercakap di atas pentas pada persidangan kemuncak Web 2.0 di sini, semalam.
Cip NFC mampu menyimpan data peribadi yang boleh dihantar kepada alat pembaca, misalnya di sebuah kaunter kedai dengan menyentuh telefon bimbit pada sebuah pad.
Namun, Schmidt menyembunyikan tanda-tanda yang mungkin mendedahkan syarikat mana yang membuat telefon bimbit itu dan bergurau dengan merujuk ia hanya sebagai sebuah produk yang belum diumumkan.
Google bekerjasama dengan syarikat elektronik gergasi Taiwan, HTC untuk mencipta telefon bimbit Nexus One yang dilancarkan pada Januari lalu dalam satu kemasukan berprofil tinggi ke dalam pasaran telefon pintar yang semakin berkembang pesat.
Telefon pintar Nexus One telah membina platform android bagi Google untuk memperolehi ulasan yang baik tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Di sesebuah negara, telefon bimbit secara umumnya terikat kepada syarikat perkhidmatan telekomunikasi, misalnya iPhone keluaran Apple dengan AT&T.
Namun Google mengambil satu pendekatan baru dengan menjual Nexus One tanpa sebarang kontak atau subsidi daripada mana-mana syarikat perkhidmatan telekomunikasi. - AFP

No comments: