1. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya. Juga keluarga, anak-anak, dan harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah SWT.
2. Orang yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.
3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripadapencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100 kali, Insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
No comments:
Post a Comment