Pages

Sunday, November 14, 2010

3 Kesukaan Nabi…


Bismillahirrahmanirrahim.....
Semalam saya dengar ustaz ngajo kat surau, ada banyak perkara yang bagus untuk kita jadikan amalan! Sayangnya saya yang pemalas ni tak bawak sebarang kertas dan pen untuk catatan. Jadi ada banyak benda jugak la yang tak teringat…suka saya kongsikan di sini kisah luahan Rasullullah tentang  3 kesukaannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”
1- Wangi-wangian
2- Isteri yang soleh
3- Ketenangan semasa solat
Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”
suka, senyum
1- Melihat wajah Rasullullah
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah (terima kasih kepada saudara hasan yang meningatkan saya!)
Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”
1- Mencegah kemungkaran
2- Menyuruh kepada kebaikan
3- Berpakaian sederhana
Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”
1- Memberi makan orang yang lapar
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian
3- Membaca Al-Quran
Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”
1- Melayan tetamu
2- Berpuasa di musin panas
3- Memukul musuh dengan pedangku(semasa perang)
Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:
1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Yang ini saya lupa (sesapa tolong beritahu…)
Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

No comments: