Pages

Thursday, October 21, 2010

Pencuri pulang semula isi kandungan komputer riba




2010/10/21

STOCKHOLM: Seorang pencuri yang mencuri komputer bimbit milik seorang profesor universiti menunjukkan belas ihsan apabila memulangkan semua isi kandungan dalam alat komunikasi terbabit menggunakan penyimpan memori USB. 

Profesor yang mengajar di Umea Universiti di Sweden benar-benar kecewa apabila hasil kerja beliau selama 10 tahun tersimpan dalam komputer riba beliau dicuri.Bagaimanapun beliau kembali ceria selepas pencuri terbabit memulangkan semua isi kandungan dalam komputer terbabit seminggu selepas kejadian itu dengan mengirimkan beliau alat menyimpan memori USB. – Agensi

No comments: