Pages

Sunday, September 26, 2010

Masjid Mohabat Khan unik

Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
(yang mengikuti misi bantuan bencana Kelab Putera 1 Malaysia di Pakistan)
2010/09/25

DI sebalik kesibukan melaksana tugas ketika mengikuti misi bantuan mangsa banjir di Peshawar, Pakistan selama empat hari bermula 3 September lalu, ia tidak menghalang penulis untuk melawat tempat tersohor di wilayah berkenaan.

SOLAT...jemaah menunaikan solat
dalam masjid.
SOLAT...jemaah menunaikan solat dalam masjid.


sebelum  -  selepas

ABADI...penulis bergambar di rumah kanak-kanak yatim di Karachi.ABADI...penulis bergambar di rumah kanak-kanak yatim di Karachi. CANTIK...ukiran pada dan dinding di setiap lorong di dalam Masjid Mohabat Khan.


ABADI...penulis bergambar di rumah kanak-kanak yatim di Karachi.
Malah, laluan yang kini menjadi tumpuan pelancong juga dikatakan pernah dilawati mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Namun disebabkan kesuntukan masa, penulis memilih Masjid Mohabat Khan yang terletak di tengah bandar di wilayah itu untuk dikunjungi kerana tertarik dengan keunikannya selepas dimaklumkan beberapa penduduk negara berkenaan.

Malah, masjid yang dilaporkan berusia lebih 250 tahun itu bukan saja masih kukuh, malah tersergam indah dengan ukiran yang melambangkan pelbagai era pemerintahan.

Difahamkan, masjid berkenaan ditadbir dalam tujuh dinasti dan setiap ukiran dalam bangunan itu menunjukkan ciri-ciri berbeza melambangkan setiap era berkenaan.

Disebabkan itu, masjid berkenaan menjadi antara pusat tarikan masyarakat luar yang berkunjung ke Peshawar.

Pendekkan cerita, adalah tidak lengkap jika pelancong tidak melawat masjid berkenaan walaupun sudah mengembara di seluruh Pakistan.

Sebaik menjejakkan kaki ke masjid itu, penulis disambut mesra beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Difahamkan, mereka bukan saja diamanahkan menguruskan masjid, malah dipertanggungjawab bagi menjaga struktur bangunan antara yang tertua di Pakistan itu.

Dalam keghairahan melihat kebesaran dan keagungan Tuhan itu, penulis berkesempatan menunaikan solat sunat sebelum meneruskan solat Asar berjemaah di masjid berkenaan.

Selepas selesai menunaikan solat, penulis dibawa seorang jemaah untuk bertemu imam besar masjid itu.

Ia menjadi penghormatan besar buat penulis, malah kemurahan hati imam berkenaan untuk bertemu membuatkan perasaan terharu kerana layanan istimewa diberi.

Imam berkenaan hanya tahu bertutur dalam bahasa Urdu dan Arab, menyebabkan penulis sedikit kekok pada permulaannya.

Ketika itu, penulis hanya mampu memahami isyarat bukan lisan di mana beliau mengarahkan duduk di sebelahnya.

Bagi mengatasi masalah itu, penulis kemudian meminta seorang ahli jawatankuasa masjid terbabit menjadi jurubahasa bagi memudahkan perbualan.

Beliau meluangkan hampir 20 minit, dan ketika berbual dengannya, imam terbabit menceritakan mengenai sejarah kewujudan masjid itu dalam pelbagai dinasti.

Malah, beliau mendakwa sejak kedatangan Islam dari Turki iaitu Moghul melakukan penjajahan, mereka mula melakukan pengubahsuaian namun tidak menjejaskan struktur asal bangunan berkenaan sebelum menjadikannya masjid.

Pada pandangan penulis, keunikan dan kepelbagaian ukiran di masjid berkenaan terhasil daripada budaya masyarakat yang memerintah kawasan berkenaan.

Selepas selesai berbual, penulis meninggalkan masjid untuk pulang ke pusat penginapan media kira-kira tujuh kilometer dari kawasan berkenaan.

Dalam perjalanan pulang, penulis sempat berhenti seketika di sebuah gerai menjual nasi briyani yang dikatakan popular di kawasan berkenaan.

Nasi briyani adalah satu makanan ruji penduduk di negara ini selain menjadikan roti sebagai pilihan makanan.

Mungkin terlalu banyak gerai atau restoran yang menyediakan briyani di Malaysia, namun bagi penulis rasanya tidak mampu menandingi keaslian briyani di Peshawar.

Malah, kambing yang dimasak juga sungguh menyelerakan dan tidak berbau seperti sesetengah restoran di Malaysia.

Selepas selesai menjamu selera, penulis pulang ke pusat penginapan sebelum bersiap untuk melakukan tugasan seterusnya.

Ia adalah pengalaman berharga dan bermakna buat penulis kerana berkesempatan melawat antara masjid tertua di Asia dan merasai keaslian nasi briyani.

No comments: