Pages

Monday, August 23, 2010

Wanita berjaya pindah 2 organ


HONG KONG 22 Ogos - Sebuah hospital di Hong Kong berjaya menyempurnakan pemindahan pertama serentak melibatkan jantung dan hati di bandar raya ini dalam satu pembedahan selama 20 jam yang melibatkan hampir 70 kakitangan perubatan.
Jurucakap Hospital Queen Mary memberitahu AFP, seorang wanita berusia 27 tahun yang tidak dikenal pasti menerima organ-organ itu daripada penderma yang kematian otak, sementara turut mendermakan sedikit hatinya yang sudah rosak, namun masih boleh berfungsi kepada seorang lelaki berumur 62 tahun yang menghidap kanser hati.
Pembedahan kelmarin itu, dianggap berjaya dan kedua-dua pesakit berada dalam "keadaan memuaskan", katanya, dengan menambah kata bahawa pesakit itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital dua minggu lagi.
"Ia pembedahan melibatkan jantung dan hati ke atas seorang pesakit yang pertama di Hong Kong.
"Jika dia tidak mempunyai hati dan jantung baru, dia mungkin akan mati," katanya.
Wanita itu mempunyai penyakit keturunan yang boleh membawa maut di kenali sebagai familial amyloidotic polyneuropathy, di mana kerosakan hati turut menjejaskan fungsi organ lain, termasuk jantung, kata jurucakap itu.
Pembedahan yang merumitkan itu melibatkan empat anaesthesiologis jantung, lima pakar bedah jantung, enam anaesthesiologis hati, tujuh pakar bedah hati dan lebih daripada 40 jururawat. - AFP

No comments: