Pages

Monday, August 23, 2010

Batang kayu hanyut disangka haiwan aneh




GAMBAR menunjukkan sebatang kayu panjang yang hanyut tetapi disangka sebagai buaya.




PARIS - Rupa-rupanya batang kayu yang selama ini dianggap seekor haiwan aneh seperti buaya berkeliaran dekat Pelabuhan Boulogne, Perancis pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya penduduk di tepi pantai Perancis gempar selepas dua lelaki dikenali sebagai Pierre dan Laurent mendakwa mereka melihat seekor haiwan gergasi mengelilingi beberapa buat bot.
Haiwan aneh itu dianggap mempunyai gigi tajam dan besar menyebabkan pantai dekat pelabuhan tersebut ditutup kepada orang ramai manakala pihak berkuasa Britain turut memberi amaran kepada penduduknya mengenai kehadiran mahkluk berkenaan.
Pada Jumaat lalu, bot-bot dikerah untuk mencari haiwan itu di tepi pantai Perancis.
Namun, seorang pegawai majlis perbandaran di Perancis akhirnya membuat pengakuan bahawa sebatang kayu panjang yang hanyut telah disangka sebagai seekor buaya. - Agensi

No comments: