Pages

Monday, August 23, 2010

Kesederhanaan Rasulullah SAW dalam perbelanjaan


http://rasoulallah.net/Photo/cache/WallPaper/5.JPG_595.jpg
CERITA BILAL MENGENAI NABI MUHAMMAD S.A.W.
Bilal telah ditanya mengenai perbelanjaan Nabi Muhammad s.a.w. Dia menjawab:”Baginda s.a.w tidak pernah menyimpan sesuatu untuk kegunaan pada masa depan. Sayalah yang menguruskan wang bagi pihaknya. Apabila datang seorang fakir yang sedang menderita kelaparan, orang itu akan diserahkannya kepada saya. Saya pun akan memenuhi keperluan orang itu dengan meminjamkan wang.”
” Pada suatu hari datang seorang mushrik lalu berkata: “Wang saya terlampau banyak. Kalau kamu berkehendakkan wang datanglah berjumpa dengan saya. Janganlah meminjam dari orang lain.”
“Saya berasa gembira dengan tawaran ini. Saya pun mulai meminjam wangnya untuk memenuhi keperluan Nabi Muhammad s.a.w. Pada suatu hari selepas mengambil wudhu, saya sedang bersiap-siap untuk berazan, tiba-tiba datang orang mushrik itu diikuti oleh beberapa orang lain. Dia memekik-mekik memanggil saya, apabila saya mendapatkannya, dia telah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap saya.
Katanya: “Ada beberapa hari lagi dalam bulan ini?” Saya menjawab: “Bulan ini hampir genap.” Dengan marahnya dia berkata: “Ada empat hari lagi untuk kamu menyelesaikan hutang-hutang kamu. Kalau kamu gagal menjelaskannya, aku akan jadikan kamu hambaku  dan kamu terpaksa mengembala kambing seperti dahulu.” Kemudian dia pun meninggalkan saya. Saya merasa sangat dukacita. Selepas sembahyang Isyak, apabila Nabi Muhammad s.a.w. duduk berseorangan, saya pun mendekati Baginda s.a.w.. Kata saya: “Ya Rasulullah ,Tuan tidak mempunyai sesuatu apa pun dan saya pula tidak dapat menguruskan pinjaman serta merta. Saya rasa si-mushrik itu akan memalukan saya. Oleh itu saya akan pergi dari sini sehingga saya mendapat wang untuk menjelaskan hutang saya itu.”
Sekembali saya kerumah, saya mengemaskan pedang, perisai dan kasut kepunyaan saya kerana bersiap-siap untuk berpergian pada pagi esoknya. Hampir-hampir  waktu Subuh datang seorang utusan Nabi Muhammad s.a.w.sambil berkata: “Lekas, Nabi Muhammad s.a.w. ingin berjumpa dengan engkau.” Saya pun segeralah berangkat kemasjid. Disana saya dapati empat ekor unta yang sarat dengan bebanan. Kata Nabi Muhammad s.a.w.:”Ada berita gembira, wahai Bilal. Allah s.w.t. telah meyampaikan pengurniaanNya untuk menjelaskan hutangmu. Ambillah unta-unta ini serta muatan mereka. Barang-barang ini telah dihantar kemari sebagai hadiah untuk ku oleh puak Fidak.” Saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.lalu menjelaskan semua hutang saya. Apabila saya balik kemasjid saya berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. :”Alhamdulillah, hutang saya telah pun dijelaskan Ya Rasulullah ” Baginda s.a.w. bertanya sama ada masih ada yang tertinggal dan saya menjawab:”Ya Rasulullah,” Baginda s.a.w.meminta saya habiskannya dan Baginda s.a.w. mengatakan yang Baginda s.a.w. tidak akan balik kerumah selagi barang tersebut masih ada.”
Saya pun pergilah untuk membahagi-bahagikan baki barang-barang yang masih tinggal kepada fakir miskin. Selepas Isyak, Nabi Muhammad s.a.w.bertanya kalau-kalau masih ada lagi barang-barang itu. Saya menjawab mengatakan yang tidak ada lagi kerana terdapat ramai fakir miskin untuk dibahagi-bahagikan barang-barang tersebut. Pada malam itu  Rasulullah s.a.w. tidur dimasjid. Esoknya itu,selepas Isyak, Rasulullah s.a.w. bertanya lagi tentang berang-barang itu.Saya berkata :”Ya, Allah telah memberkati Tuan dengan ketenteraman jiwa. Semua barang-barang itu telah saya habiskan. Nabi Muhammad s.a.w. pun memuji-muji Allah s.w.t. Pada malam itu barulah Baginda s.a.w balik kerumah. Nabi Muhammad s.a.w. tidak suka menghadapi maut selagi ada harta kekayaan ditangannya.

No comments: