
Syarikat Inflatable Crowd yang dimiliki Joe Biggins beroperasi di Gardena, California dan mempunyai stok 30,000 patung untuk disewakan kepada studio filem yang menggunakan patung-patung itu sebagai pelakon tambahan.
Setiap satu patung ini mempunyai raut wajah dan gaya yang berbeza serta sekilas pandang, nampak seperti manusia sebenar.
Patung-patung ini pertama kali muncul sebagai pelakon tambahan dalam filem :Seabiscuit: (2003) sebelum tampil dalam hampir 90 filem lain dan filem terbaru yang menggunakan khidmat 500 patung ini adalah :Salt: (2010).
Biggins berkata, penerbit filem lebih suka menggunakan patung sebagai pelakon tambahan kerana kosnya amat rendah berbanding mengambil pelakon tambahan yang perlu dibayar upah sekitar AS$135 (RM424) sehari.
No comments:
Post a Comment