Pages

Sunday, August 22, 2010

Bukti DNA mampu cegah buang bayi



PUCHONG – Mungkin melalui penggunaan DNA (asid deoksiribonukleik) pada masa hadapan mampu mencegah jenayah pembuangan bayi. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dengan adanya contoh DNA tersebut individu yang tidak bertanggung jawab membuang bayi dapat dikesan. 

“Mungkin pada masa hadapan undang-undang akan diubah bagi membolehkan setiap individu menyerahkan contoh DNA masing-masing untuk disimpan Bank DNA. 

“Dengan adanya DNA tersebut maka ia dapat dijadikan bukti,” katanya selepas merasmikan kempen “Balik Kampung, Rumah Selamat” di IOI Mall, Puchong di sini semalam. 

Katanya, jika bukti DNA diperolehi, mungkin kes buang bayi dapat dicegah kerana individu yang ingin membuang bayi pasti bimbang mampu dikesan melalui DNA. 

Beliau percaya, melalui teknologi tersebut, individu yang terlibat dapat dikesan. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kes pembuangan bayi di Kota Damansara, Ahad lalu. 

Menurutnya, polis masih mengesan suspek yang terlibat dan memerlukan bukti forensik berhubung kejadian itu.

No comments: