Pages

Tuesday, August 3, 2010

AS sangkal bilangan kematian askarnya di Iraq



BAGHDAD 2 Ogos - Pihak tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengambil langkah luar biasa dengan menyangkal jumlah korban Iraq yang dikeluarkan sehari sebelum itu, yang mana menunjukkan Julai merupakan bulan paling berdarah di negara yang masih dalam kancah perang sejak Mei 2008.
Keputusan AS untuk mengeluarkan angka korban sendiri selepas jumlah yang dikeluarkan Iraq menunjukkan peningkatan kadar keganasan, hampir lima bulan selepas pilihan raya Parlimen masih gagal membentuk kerajaan baru dan Washington mahu memulakan pelan memanggil pulang askarnya.
Walaupun angka korban yang digabungkan oleh Kementerian Kesihatan, Dalam Negeri dan Pertahanan dikeluarkan setiap bulan, tentera AS tidak pernah mempertikaikan secara terbuka.
"Pasukan Tentera AS-Iraq (USF-I) menyangkal angka korban Julai 2010 yang dilaporkan sebagai 'bulan paling berdarah Iraq sejak 2008'.
"Dakwaan bahawa Julai 2010 sebagai bulan paling berdarah di Iraq sejak Mei 2008 adalah tidak betul," kata kenyataan tentera AS.
Menurut data yang dimiliki AS, 222 orang terbunuh bulan lalu, kurang dari separuh berbanding angka yang disediakan Iraq, dan menambah seramai 782 orang cedera.
Ditanya mengapa tentera AS untuk mempertikaikan angka korban bulan lalu itu, jurucakap tentera AS di Iraq, Mejar Jeneral Stephen Lanza berkata, jumlah yang dikeluarkan tiga kementerian Iraq itu 'tidak menggambarkan keadaan keselamatan bulan lalu'.
Sabtu lalu, kerajaan Iraq meletakkan angka kematian seramai 535 orang terdiri daripada 396 orang awam, 89 anggota polis dan 50 askar dengan sejumlah 1,043 orang cedera. - AFP

No comments: