LONDON: Wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler, mendakwa dia terlantar di atas katil dan terbiar sementara menunggu mati selepas doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya.
BERBEZA...keadaan Sharon sekarang (kiri) dan 20 tahun lalu.
Sharon, 40, mempunyai berat 285.8 kilogram dan kini terpaksa menghabiskan masa setiap hari di atas katil hospital dicipta khas untuknya.
Katil itu diperkukuhkan bagi menampung berat Sharon.
Pada asasnya, tubuh Sharon agak kecil dengan ketinggian hanya 1.5 meter.
Kegemukan melampau menyebabkan berlaku tekanan ke atas jantung dan paru-paru Sharon, memaksa dia menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.
Suaminya, Tyler, berada di sisinya hampir setiap masa untuk membantu.
Ketika berkahwin kira-kira 20 tahun lalu, Sharon memiliki tubuh normal.
Bagaimanapun, dia menjadi kemaruk kepada makanan selepas mengalami kemurungan pascanatal melampau tidak lama kemudian.
Pada 2007, doktor menjangkakan dia hanya mampu hidup beberapa bulan saja.
Ketika itu berat badan Sharon adalah 266.7 kilogram.
Kini ditempatkan di Hospital Broomfield yang terletak berhampiran rumahnya di Chelmsford, Essex, Sharon berkata, doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya kerana terlalu gemuk.
“Saya dibiarkan di sini untuk mati.
“Jika saya sukar bernafas, memang hospital memberi bantuan tapi nampaknya tiada siapa yang bersimpati kepada orang gemuk,” katanya.
Sementara itu, pentadbiran hospital berkata, Sharon dijadual menjalani pembedahan bernilai RM147,489 tidak lama lagi. - Agensi
No comments:
Post a Comment