EL-ARISH (Mesir): Kapal bantuan kemanusiaan Libya yang cuba melepasi sekatan Israel ke atas Gaza berlabuh di Mesir, semalam selepas bersetuju untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui wilayah di Mesir.
Berita itu mengakhiri kebimbangan terjadinya konfrontasi antara kumpulan aktivis kemanusiaan dengan tentera laut Israel yang mengancam akan menggunakan kekerasan jika kapal bantuan itu tidak berpatah balik atau menuju ke Mesir.
Organisasi Kebajikan Libya, Pertubuhan Kadhafi yang menganjurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza itu mendapat jaminan Kerajaan Mesir yang Israel membenarkan kapal membawa 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan itu dihantar ke Gaza. Libya juga diberi keizinan menyalurkan pembiayaan AS$50 juta (RM165 juta) untuk membina kediaman selain menyediakan 500 rumah pasang siap di Gaza, lapor pengarah eksekutif kumpulan kebajikan itu, Yusef Sawan. - AFP
No comments:
Post a Comment