ROB PARKER (kanan) memegang ikan yang menyerang anaknya, Koral Wira.
MIAMI – Seorang remaja Amerika Syarikat (AS), Koral Wira berumur 14 tahun menerima 51 jahitan apabila dia diserang seekor ikan pelagik semasa dia memancing dari atas sebuah kapal layar bersama keluarganya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian berlaku semasa mangsa yang sedang duduk di dalam bot di perairan Venice, Florida dekat sini tiba-tiba diserang ikan tersebut yang melompat dari dalam laut.
Ikan itu pada mulanya makan umpan daripada joran bapanya, Rob Parker yang sedang memancing.
“Ikan itu menyambar umpan pancing saya dan kemudian melompat keluar dari laut dan menyerang lengan kanan anak perempuan saya namun saya berjaya membunuhnya dengan menggunakan sebilah pisau daging,” kata Parker.
Ikan sepanjang 1.2 meter dan memiliki gigi tajam umpama ikan jerung itu dilaporkan melompat lebih satu meter untuk menyerang gadis tersebut.
Serangan itu menyebabkan bahagian lengan kiri remaja tersebut umpama dihiris dengan pisau.
Ibu Koral, Dina berkata, keadaan ketika itu amat menakutkan seperti serangan ikan jerung dan keluarga tersebut berhasrat untuk tidak lagi datang ke perairan berkenaan ekoran peristiwa berkenaan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment