Pages

Monday, July 19, 2010

Patung Jeneral Sudirman dilelong


GAMBAR menunjukkan patung Jeneral Sudirman.


PACITAN, Jawa Timur - Patung bekas ketua tentera Indonesia yang terkenal, Jeneral Sudirman di sini akan dilelong oleh anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rumah yang pernah menjadi bekas markas gerila jeneral itu yang menentang penjajahan Belanda di Kompleks Monumen Desa Pakisbaru, Kecamatan Nawangan, Pacitan akan turut dilelong.
Keluarga Jeneral Sudirman menyatakan pemerintah di desa berkenaan tidak memberikan perhatian mengenai patung itu termasuk menguruskan lokasi bersejarah tersebut dan ia menjadi alasan yang menyebabkan keputusan dibuat untuk melelong patung itu.
Menurut seorang waris keluarga jeneral itu, Andi Buwono, beberapa pihak termasuk dari luar negara menunjukkan minat untuk membeli patung berkenaan selepas lelongan tersebut disiarkan di Internet.
Sudirman meninggal dunia di Magelang pada 29 Januari 1950 semasa berumur 35 tahun.
Dia merupakan jeneral pertama dan termuda di Indonesia. - Agensi

No comments: