KATHMANDU - Album seorang budak perempuan berumur tiga tahun, Atithi KC yang tidak tahu membaca telah dijual semalam manakala bapanya berusaha mendaftarkan nama anaknya di dalam Guinness Book of World Records.
Menurut Uddhab KC, bapa Atithi yang merupakan seorang komposer muzik, anaknya merupakan artis termuda di dunia.
Album iu mengandungi sembilan lagu termasuk lagu kebangsaan Nepal.
Pada pelancaran album itu semalam, Atithi menyanyikan tiga buah lagu daripada albumnya yang diterbitkan oleh syarikat milik bapanya, Orbit Publishers.
"Atithi mula bercakap semasa dia berusia enam bulan. Kakak sulungnya, Usna telah menyanyi sejak dia berumur empat tahun," kata bapanya.
Menurutnya, Atithi berminat untuk menyanyi selepas dia menyaksikan persembahan kakaknya itu.
Artis termuda itu menyanyi sejak dia berumur dua tahun dan sejak itu dia membuat persembahan pentas dan televisyen.
Atithi turut berlakon dalam satu video muzik lagunya. - Agensi
No comments:
Post a Comment