TEHERAN: Saintis Iran yang diculik ejen Amerika Syarikat (AS) dan kembali ke tanah air minggu lalu melaporkan dia diancam supaya setuju untuk ditukarkan dengan tiga pengembara warga AS yang ditahan di Iran.
Dalam satu program temu bual disiarkan televisyen kerajaan, semalam, Shahram Amri berkata ejen perisik AS memberitahunya tiga warga AS yang ditahan di sempadan Iran-Iraq pada Julai tahun lalu sebenarnya adalah ejen perisik.
Shahram berkata, tiga pelancong itu hanya menggunakan alasan mahu mengembara tetapi mereka sebenarnya perisik.
Shahram memberitahu tawaran pertukaran itu dibuat selepas ejen perisik AS mendapat tahu dia berjaya berhubung dengan ejen Iran ketika ditahan di AS.
Shahram diculik ketika berada di Arab Saudi. - Agensi
No comments:
Post a Comment