Pages

Saturday, July 17, 2010

Konvoi Jordan dihalang masuk Mesir



AMMAN - Konvoi kemanusiaan Jordan yang menuju ke Gaza terpaksa berhenti di bandar Aqaba selepas Kaherah enggan membenarkan aktivis memasuki kawasan Mesir, Rabu lalu. 

Konvoi anjuran Majlis Persatuan Profesional (PAC) yang disertai hampir 150 aktivis dan 25 lori itu berlepas dari Amman ke Pelabuhan Nuweiba di Mesir, dan merancang meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah sebelum memasuki wilayah Palestin itu. 

Bagaimanapun, kumpulan itu dihalang daripada menuju ke Nuweiba apabila pihak berkuasa Mesir mengarahkan syarikat pengangkutan feri yang beroperasi di pelabuhan itu supaya tidak membawa konvoi tersebut. 

Jurucakap PAC, Alaa Bourqan berkata, rundingan dengan kerajaan Mesir masih diteruskan melalui bantuan pegawai kedutaan Jordan di Kaherah, sehingga kelmarin. 

Konvoi bantuan terbaru itu dianjurkan bagi menekankan kesan sekatan Israel ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza.

No comments: