Pages

Thursday, July 15, 2010

Bot penuhi terusan di Belanda


15/7

GAMBAR menunjukkan sejumlah bot memenuhi sebuah terusan di Amsterdam bagi menyambut ketibaan skuad bola sepak Piala Dunia Belanda kelmarin.

AMSTERDAM – Menakjubkan! Sebuah terusan di sini dipenuhi dengan bot yang membawa penumpang kelmarin bagi meraikan ketibaan skuad bola sepak Piala Dunia Belanda yang menjadi naib juara selepas ditewaskan Sepanyol 1-0 di Afrika Selatan awal Isnin lalu.
“Saya menjangkakan sebahagian orang sahaja yang datang tetapi ini menakjubkan. Bolehkan anda gambarkan jika kami menang (Piala Dunia),” kata jurulatih Belanda, Bert van Marwijk.
Pada sambutan itu, seorang peminat wanita turut mendedahkan payu daranya dengan menyelak baju T berwarna oren yang dipakainya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: