Pages

Sunday, June 27, 2010

Pondan akhirnya berjaya masuk pondok agama

15/7


PENAMPILAN Maemunah sejak sekian lama seperti lelaki dan dia juga sering membantu keluarganya di rumah dekat Semarang termasuk memelihara itik.

SEMARANG – Seorang remaja Indonesia yang gagal memohon memasuki sebuah sekolah agama terkenal dekat sini kerana masalah jantina, menarik nafas lega apabila disahkan secara rasmi oleh pasukan perubatan kerajaan sebagai lelaki.
Maemunah selama ini dianggap secara undang-undang sebagai perempuan apabila bidan yang menyambut kelahirannya 15 tahun lalu di Desa Tambaksari Kidul, Kecamatan Kembaran, menyangka dia perempuan kerana tidak jelas alat kelaminnya.
Namun, dia lebih berperwatakan lelaki ketika membesar sehingga menyebabkan ibu bapanya, Sarni dan Kunaedi Wartim memohon bantuan ihsan pihak berkuasa wilayah Jawa Tengah untuk membiayai pemeriksaan dan pembedahan kecil bagi pengesahan jantina.
“Sejak kecil dia dilayan sebagai perempuan oleh ahli keluarga sendiri dan masyarakat setempat selain berpakaian perempuan walaupun perangainya macam lelaki sebelum akhirnya pihak Hospital Karyadi mengesahkan dia memang lelaki,” kata ketua desa, Joko Suryanto. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: