Pages

Tuesday, June 29, 2010

Bayi Aneh di Dunia

 


1. Bayi Terbesar Di Dunia

Kenapa dia boleh disebut sebagai bayi terbesar di dunia?? Kerana melihat bentuk badan bayi ketika dilahirkan seberat 7.75 kg. Aduuhhh teramat besarnya. Apa yang sebenarnya dimakan oleh ibunya sehinggakan berlaku kejadian sedemikian?? Menurut ibu kepada bayi yang lahir pada tahu 2007 itu, beliau hanya makan kentang, mie dan tomat saja. Maklum saja, ibu yang baru saja melahirkan anak ke-12 ini termasuk dalam golongan warga miskin. Bagaimanakah bentuk fizikalnya?? Cuba anda lihat sendiri..



2. Bayi Dengan Kaki Yang Teramat Kecil

Kasihan ya?? Bagaimana cara nak berjalan kalau kakinya sekecil ini?? Bayi berkaki kecil ini lahir pada 24 Oktober 2006. Nama si bayi itu adalah Amillia Taylor . Dia juga termasuk salah satu bayi yang selamat dilahirkan walaupun pada usia kandungan belum belum pun mencecah 23 minggu iaitu secara tepatnya pada usia kandungan ibunya 21 minggu 6 hari dengan berat badannya hanya 10 aun saja iaitu lebih kurang 0.28kg. Jarang sekali, bayi se kecil ini selamat dengan usia sedemikian. Yang pastinyaianya keAgungan Allah..


3. Bayi Mirip Katak

Waaaah.ada juga bayi yang dilahirkan dikatakan semirip katak?? Agak aneh juga ya. Bagaimana bentuk matanya?? Lihat sendiri saja..Benar sekali! Matanya begitu besar seakan-akan terkeluar dari kelopaknya dan lehernya seakan bersatu dengan kepalanya. Yaaa..agak mirip dengan seekor katak, bukan?? Bayi ini lahir dari kandungan seorang ibu bernama Suntali Karki yang bertempat tinggal di Charikot,Dolakha di Nepal. Bayi ini dilahirkan dengan berat 2 kg, namun sayangnya hidupnya begitu singkat. Kerana beberapa hari setelah dilahirkan di rumah sakit Gaurishnkar di Charikot pada tahun 2006 itu, bayi tersebut meninggal dunia.


4. Bayi Cyclop

Apa yang dimaksudkan dengan bayi Cyclop ini?? Saya rasa ramai orang sudah boleh menjangkakan. Bayi ini lahir hanya dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan dan tidak memiliki hidung, dan otaknya terletak pada satu belah saja. Bayi perempuan ini dilahirkan pada tahun 2006. Staff medikal mendiagnoskan bahawa kelahiran bayi ini disebabkan oleh kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia . Tapi sayang sekali, nasibnya sama seperti bayi yang terlahir mirip seperti katak itu.



5. Bayi 20 Kilogram

Alaaaamak!!! Betul ke ada bayi seberat itu? Kesihan dia, bagaimana ye?
Oooo awal ceritanya bayi ini sebenarnya adalah normal dan tidak sebesar itu. Menurut ibubapanya, bayi mereka lahir dengan berat yang normal iaitu 3.6 kilogram, tapi setelah itu mereka memberitahu bahawa anak mereka ini tidak pernah berhenti makan setiap jam. Doktor-doktor Iran masih belum menemukan jawapan atas keanehan nafsu makan bayi ini.

No comments: