Pages

Sunday, June 13, 2010

Aura lahar gunung berapi






KINI terdapat kecenderungan di kalangan orang ramai memakai batu tenaga ataupun batu yang antara bahannya didakwa lahar gunung berapi.
Malah, promosi yang diadakan syarikat pengeluar produk itu cukup agresif dengan tawaran pelbagai produk seperti loket tenaga, jam tenaga, termos minuman tenaga, pen tenaga dan sebagainya.
Selain itu, syarikat pengedar turut melantik duta daripada ahli sukan dan selebriti sebagai strategi melariskan penjualan.
Pengurus FusionExcel International Sdn. Bhd., Patrick Chan menjelaskan syarikatnya mengedar produk yang rawatan alternatif yang dianggap permium.
“Kami tidak mengatakan semua produk terbabit produk kesihatan tetapi hanya produk tenaga seperti minuman tenaga.
“Selain itu, keberkesanan produk kami bergantung kepada pengguna. Jika tahap kesihatan mereka meningkat dan bertambah baik ia memberi nilai tambah kepada produk kami,” katanya.
Tenaga skala
Menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci, perunding perubatan FusionExcel, Dr. Amir Farid Isahak yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan moden dan tradisonal memberitahu, loket tenaga kuantum keluaran syarikat FusionExcel sebenarnya mempunyai nilai perubatan alternatif.
Katanya, loket tenaga berkenaan boleh diibaratkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif menggunakan tenaga skala yang mirip kepada tenaga hayat perubatan alternatif seperti tenaga daripada amalan Qigong (Guolin, Xiangong dan Shaolin Qigong) dan kundalini Yoga.
Ujarnya, tenaga skala mirip seperti tenaga hayat kerana bertindak balas dengan badan dengan menggerakkan biologi tubuh.
“Tenaga skala boleh diibaratkan sebagai tenaga alternatif seperti akupuntur yang dikesan oleh sains perubatan moden yang mampu memulihkan penyakit seseorang.
“Namun ia tidak diterima oleh perubatan moden kerana hanya menggunakan batu daripada lava gunung berapi,” katanya.
Ujarnya lagi, loket tenaga kuantum merupakan satu medium tenaga berasaskan galian lahar gunung berapi yang dipercayai mampu menyerap tenaga tersebut kepada biotenaga.
“Biotenaga mampu meningkatkan aktiviti molekul air dalam tubuh sekali gus memberi kebaikan kepada fungsi metabolik tubuh, pengedaran darah selain penjagaan kesihatan secara holistik,” katanya.
Berdasarkan testimoni pemakai loket tenaga kuantum ada yang mendakwa kesihatan mereka bertambah pulih tetapi ada yang menjelaskan mereka tidak berasa kesan positifnya, jelas Amir Farid.
“Ada pesakit Sindrom Down yang telah tidak bangun selama 20 tahun akhirnya mampu berdiri selepas memakai loket tenaga kuantum.
“Ada juga pesakit yang mengalami penyakit kencing manis dan darah tinggi akhirnya pulih selepas menggunakan loket kuantum,” katanya.


LOKET tenaga lahar gunung berapi dikatakan mempunyai khasiat kepada pemakainya.



Memberi manfaat
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan GeoSains, Datuk Yunus Abdul Razak ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini tidak menafikan setiap batu mempunyai peranan dan fungsi tersendiri.
“Sebagai contoh batu kapur yang bermanfaat untuk sektor perumahan, batu giling yang digunakan untuk masakan kerana komponen dan komposisi berbeza-beza.
“Batu atau lahar gunung berapi juga ada peranannya tetapi perlunya kajian yang lebih mendalam untuk membuktikannya.
Pakar batu, Prof. Mohd. Shafeea Leman daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti, Kebangsaan Malaysia (UKM), berpendapat, larva dan batu gunung berapi mungkin mempunyai mineral tertentu yang bermanfaat untuk kesihatan
“Batu berkenaan atau lahar gunung berapi mempunyai peranan seperti magnet yang boleh membantu melancarkan pengaliran tubuh badan.
“Ia mempunyai mineral metalik yang berpotensi untuk tubuh kerana kaya dengan besi magnesium kaya dan kaya dengan silika,” katanya.
Pakar geologi, Prof Madya. Datuk Mohammad Ali Hassan pula memberitahu, sumber mineral seperti batu sudah digunakan secara dahulu lagi sebagai sumber perubatan.
“Malah, kini batu gunung berapi juga digunakan untuk rawatan spa dan juga refleksi,” katanya.

No comments: