Pages

Tuesday, May 25, 2010

Gaun kahwin bekas isteri diaibkan




KEXIN COTTER memijak gaun pengantin bekas isterinya semasa mengecat rumahnya.


TUCSON - Seorang lelaki, Kevin Cotter yang sakit hati kerana ditinggalkan isteri sanggup melepaskan kemarahan dengan menjadikan gaun pengantin bekas isterinya menjadi pembalut ais, dipijak semasa melakukan senaman yoga dan dijadikan lapik kaki semasa dia mengecat rumah.
Dia berasa amat kecewa selepas isterinya keluar dari rumahnya di sini dengan membawa semua barangannya kecuali sehelai gaun pengantin selepas 12 tahun mereka berkahwin.
Lelaki itu turut mewujudkan satu laman web di Internet iaitu My Ex-Wife's Wedding Dress yang menyenaraikan 101 kegunaan gaun pengantin bekas isterinya.
Dia yang popular di Internet kerana laman web itu pernah diundang untuk muncul dalam program televisyen, Inside Edition. - Agensi

No comments: