Pages

Tuesday, May 25, 2010

Coli emas



'WAH!'
Itulah kata-kata yang dapat saya katakan apabila mata saya tertumpu pada kilaun coli yang diperbuat daripada emas!Mulai sekarang hingga 1 Jun ini, jenama pakaian dalam antarabangsa yang berasal dari China, Aimer, akan mempamerkan empat coli eksklusif mereka yang kesemuanya bernilai sekitar $2.2 juta!Diperbuat secara teliti dengan menggunakan tangan, coli-coli ini diperbuat daripada emas, platinum dan permata berharga seperti berlian Afrika Selatan, batu delima (ruby) Thailand dan nilam (sapphire) Sri Lanka.Koleksi menakjubkan ini diperbuat oleh seorang tukang emas terkenal China, Encik Zhou Ning Xin, yang mengambil masa lebih daripada 4,000 jam untuk menghasilkan kesemua empat coli ini.Koleksi coli ini akan dipamerkan di kedai Aimer yang terletak di tingkat pertama pusat beli-belah Vivocity. Masuk adalah percuma.Namun selain daripada koleksi luar biasa ini, syarikat Aimer yang mula ditubuhkan pada tahun 1993 ini juga menjual koleksi pakaian dalam wanita yang lain.Dijual pada harga $85 ke atas, pakaian dalam Aimer memang dikenali kerana kualitinya yang tinggi dan reka bentuknya yang menarik.Selain Singapura, Aimer juga mempunyai beberapa cawangan di negara lain termasuk Macau dan Arab Saudi.Menurut Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa kumpulan Aimer, Cik Sabrina Sun Wei, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan terutama sekali daripada cawangan mereka di Arab Saudi.'Para wanita Arab Saudi mahukan pakaian dalam yang selesa, berkualiti, mengikut perkembangan fesyen terkini dan tampak elegan apabila dikenakan pada tubuh badan mereka.'Kebanyakan fabrik yang kami gunakan untuk menghasilkan pakaian dalam ini kami dapatkannya dari Italy dan Perancis,' jelasnya yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun bekerja dengan Aimer.Aimer bakal membuka satu lagi butik di Marina Bay Sands pada Julai ini.






No comments: