Pages

Thursday, May 13, 2010

Diesel daripada bahan buangan plastik diperkenal




MD. ISA memasukkan beg plastik ke dalam mesin pemprosesan sambil disaksikan oleh Syed Razlan dan Shamsul (kanan) di Kangar semalam.


KANGAR - Saham Utama Sdn. Bhd. (Saham Utama), bakal menjadi pengeluar utama diesel teknologi hijau bermutu tinggi dengan jenama Syngas apabila lojinya di Perlis memulakan operasinya pada tahun depan.
Pengarah Eksekutif Saham Utama, Shamsul Bahar Mohd. Nor berkata, Syngas yang dibangunkan sendiri oleh syarikat yang berpejabat di Klang, Selangor itu akan dieksport dan antara negara yang telah menunjuk minat ialah Australia dan Sri Lanka.
Menurutnya, bahan bakar itu diproses menggunakan bahan buangan plastik.
"Kami bangunkan teknologi ini sejak pertengahan tahun lepas melalui sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Skim Dana Inovasi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Syngas di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail.

No comments: