Allah menjadikan alam dan segala kekayaan yang ada untuk manusia. Firman Allah ertinya:"Dialah (Allah) yang menjadikan segala apa yang ada di bumi untuk kamu (manusia)."(Al-Baqarah:29)
Sebelum manusia dijadikan, Allah terlebih dahulu telah menjadikan malaikat²Nya. Malaikat itu diciptakan daripada cahaya. Tabiat mereka suci dan bersih. Sebab itu setiap malaikat sentiasa mematuhi perintah Allah. Mereka tidak makan, minum atau tidur. Mereka sentiasa bertasbih atau mensucikan Allah.
Ketika Nabi Adam, iaitu manusia pertama hendak dijadikan, Allah memberitahu sekalian malaikat:"Aku hendak menjadikan Adam sebagai Khalifah di bumi."(Al-Baqarah:30)
Para malaikat merasa hairan dengan perkhabaran itu, lalu mereka bertanya:"Adakah patut Engkau, wahai Tuhan, menjadikan seorang Khalifah di bumi, orang yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah, padahal kami sentiasa mengucap tasbih memujiMU dan mensucikanMU."(Al-Baqarah:39)
Allah menjawab:"Aku lebih mengetahui apa² yang tidak kamu ketahui."(Al-Baqarah:30)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:"Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah² dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman:"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan Kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
Tanah² tersebut adalah :
01. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
02. Tanah Bukit Tursina
03. Tanah Iraq
04. Tanah Aden
05. Tanah Al-Kautsar
06. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
07. Tanah Paris
08. Tanah Khurasan
09. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
01. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
02. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana di situ alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
03. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
04. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
05. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
06. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
07. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
08. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
09. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.
Proses kejadian Adam :
01. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
02. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
03. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah², wangi²an dari sifat Nur Sifat Allah dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
04. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
05. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail.
06. Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
07. Setelah meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat² sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan terus terbuka melihat ke kiri dan ke kanan serta ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah yang keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
08. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata:"YarhamkAllah" yang ertinya:"Semoga engkau diberi rahmat Allah".
09. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya yang ke bawah masih tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang tidak sabar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa²".(Al-Israk:2)
09. Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
10. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk berupa manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh para malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula² Adam dijadikan.
(Sumber Utama : Tulisan Safwan Fathy)
No comments:
Post a Comment