Pages

Wednesday, May 26, 2010

Agenda Yahudi : Illuminati


Suatu ketika dulu, kita pernah didedahkan dengan satu isu yang dikupas oleh mereka yang berfikir. Isu ini membawa kita kepada satu fokus yang amat berat, penting dan perlu diambil serius. Ia dibicarakan begitu hangat di dunia Barat, tetapi tidak di rantau dunia Timur. Perkara ini adalah berkenaan dengan pertubuhan rahsia yang dikenali dengan nama “Illuminati” atau “New World Order (NWO)” / “Shadow Government”.

Hmm…kita tidak sedar bukan? Perasan atau tidak sebenarnya kita sudah dijajah…sedang dijajah dan mungkin akan dijajah… Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan ini tetapi setelah memahami bukan hanya sekadar mengetahui, pasti kita tidak sanggup diperkotak-katikkan pemikiran kita. Siapa yang sanggup dijadikan hamba? Tambahan pula mendapat tuan yang galak “mengambil kesempatan atas kesempitan” orang lain. Tamsilan berkenaan tajuk ini iaitu illuminati banyak yang boleh dikupas dan diperkatakan juga dikhususkan serta diuraikan satu persatu waima berkenaan politik, ekonomi, budaya dan aspek yang paling besar sekali dalam perbincangan kali ini berkait rapat dengan agama. Di mana peranan kita sebagai salah seorang umat yang bergelar dan hidup dengan nama Islam. Mungkinkah perkembangan Islam di dalam arus illumunati sudah kehilangan momentum atau daya?

Fahaman atau perspektif terhadap illuminati merupakan suatu masalah fundamental yang masih belum diselesaikan secara tuntas. Kini, tokoh sekular Barat berentak laju cuba memisahkan peranan agama daripada aspek-aspek kehidupan semasa umat Islam. Senario seperti ini sering menimbulkan kekeliruan khususnya kepada masyarakat awam sama ada Islam atau bukan Islam yang sering membuat analisis ringkas atau bersifat zahir terhadap sesuatu isu. Konsepsi di atas dipercayai membentuk tanggapan umum dalam masyarakat dalam menentukan sesuatu perkara atau keputusan itu.

Untuk pengetahuan semua, illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan. Rumit bukan untuk memahami apakah itu sebenarnya illuminati? Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia. Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi yang mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai. Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan illuminati Bavarian. Kadangkala illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemansory.

Perkataan illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati. Perkataan ini juga bermaksud pertubuhan cahaya. Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang professor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme. Beliau merupakan salah seorang daripada anggota Freemasonry telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, pada tahun, pada tahun 1770M, beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang mempengaruhi beliau ke dalam Gerakan Freemasonry.

Perkataan illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.


Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi. Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemasonry peringkat tinggi. Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran delam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme).

Menurut perncangan tersebut, agentur-agentur Illuminati perlu melaksanakan perkara berikut:

* Gunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk mengusai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam jawatan kerajaan seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan berbagai-bagai “Black-Mail” (ugutan membocorkan rahsia keajaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badan serta orang kesayangan mereka. Angota-anggota Illuminati hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideology Internasioalisme (pemerintahan tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas yang dapat dikenalpasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).

* Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agentur dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebaga pakar, penasihat dan juga perunding supaya mereka dapat menasihati orang atasan mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.

* Hendaklah menguasai surat khabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat yang diperolehi perlu diputarbelitkan supaya masyarakat mempercayai bahawa dengan pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:
1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan.
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka.
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.
4. Menghapuskan semangat nasionalisme.
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.

Tidak syak lagi umat Islam perlu berjihad semula, bukan sahaja dalam bidang undang-undang, tetapi dalam semua aspek bidang kehidupan – politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan dan falsafah. Jihad ini perlu, kerana bolehkah kita, sebagai makhluk rasional, hidup tanpa berfikir? Jihad tidak lain ialah berfikir secara kreatif dan rasional, berpandukan wahyu Allah s.w.t iaitu al-Quran bagi menyelesaikan masalah-masalah kehidupan moden masa kini. Sebagai makhluk yang berfikir dan digelarkan sebagai Muslim, siapa lagi yang diberikan panduan al-Quran oleh ar-Rahman untuk mendepani musibah dengan musuh-musuh Islam terutama perkara ini yang baru mula menular di segenap celah-celah dan ruang-ruang hati Muslim yang kosong yang tidak diisi dengan jiwa Islamiah.

Illumianti; agenda tersembunyi memusnahkan Islam di era globalisasi! Contoh yang paling mudah untuk dibuat tamsilan ialah globalisasi di mana ia adalah satu proses menunjukkan dunia dalam setiap sektor dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Globalisasi mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak yang mereka gunakan untuk mengantikan imprialisme dan penjajahan. Bijak bukan? Sedap di pendengaran kita perkataan globalisasi itu sendiri tetapi azab menanti kita suatu hari nanti jika kita lalai meneliti apakah yang sebenarnya globalisasi! Tingkahlaku harian kita pada hari ini banyak mengikut arus globalisasi yang diwar-warkan dunia Barat dan tidakkah kita sebagai Muslim yang berfikir mengabungkan cara hidup Islam atau “the way of Islam” di dalam arus permodenan globalisasi selagi ianya tidak melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

Jika mereka bijak dengan strategi agenda mereka, mengapa tidak kita? Ternyata bukan, Illuminati merupakan salah satu agenda tersembunyi pihak musuh Islam memperbodohkan minda kita dan membolak-balikkan hati dan jiwa kita. Keresahan kita bukan pada resahnya di akhirat sana tetapi lebih resah dan tertumpu kepada hidup di dunia sementara ini. Jika pihak musuh Islam ini rancak dengan agenda-agenda tersembunyi mereka bagi menghancurkan kita, mengapa kita tidak membuat persediaan dan rancangan-rancangan atau method-method tertentu bagi mendepani mereka. Jangankan sehingga Allah s.w.t murka dengan makhluk yang berakal ini lebih-lebih lagi umat Islam dan jangankan sehingga Rasulullah s.a.w malu dengan sifat umatnya pada zaman ini. Na’uzubillah…Wassalam.

No comments: