Maksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
Ada kawan beritahu saya pasal surah Al Taubah ni, bagus diamalkan kerana banyak manfaat. Saya tak berapa tahu secara keseluruhan kebaikan daripada ayat ini, tapi menurut kata kawan saya ni, ustaz tempat dia belajar kursus haji suggestkan suruh hafal dan amalkan setiap kali lepas sembahyang. Salah satu kebaikannya ialah untuk di murahkan rezeki.
Yang kedua..yang paling membuatkan saya rasa betul-betul nak baca surah ini, walaupun agak seram bila mendengarnya, tapi memang baik untuk diri kita. Manfaatnya ialah…
Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Means, Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.
Bila Allah beri petunjuk, kita masih ada kesempatan untuk melakukan ibadah. InsyaAllah. Lain-lain kebaikannya kena tanya orang-orang yang lebih tahu dan berilmu. Tapi ustaz kawan saya tu bagitau ini salah satu kebaikan untuk orang yg mengamalkan ayat ini setiap hari.
Sekadar berkongsi…
Sumber: juliesbiscuit.blogspot.com
No comments:
Post a Comment