Aisyah Abu Bakar menceritakan bahawa pada suatu hari, al-Haula binti Tuwait berjalam bersamanya dan di sampingnya adalah Rasulullah SAW. Lalu Aisyah berkata, " Ini adalah al-Haula binti Tuwait. Orang-orang berkata bahawa dia tidak tidur pada malam hari."
Maka Rasulullah SAW bersabda,
" Dia tidak tidur pada malam hari? Kerjakanlah amal seberapa yang kamu mampu. Demi Allah, Allah tidak akan bosan sehingga kamulah yang berasa bosan." ( Hadis Sahih )
NOTA: Pesanan Rasulullah SAW ini menyentuh mengenai kesederhanaan dalam beribadah, iaitu jangan terlalu mengurangkannya dan jangan terlalu melebih-lebihkannya.Rasulullah SAW agak terperanjat apabila diberitahu mengenai perihal al-Haula yang tidak tidur malam untuk beribadat, justeru baginda menasihatkan agar beribadat ala kadar yang mampu.
Ini bertetapan dengan firman Allah dalam surah al-Qashas: ayat 77 yang bermaksud, " Dan cari lah apa yang di anugerahkan Allah padamu ( kebahagiaan ) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kenahagiaanmu dari kenikmatan duniawi."
Begitu juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang itu memberatkan agama kecuali menguasainya. Maka luruskanlah, berlaku wajarlah dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, lapang dan sedikit dari malam hari."
(Riwayat Bukhari, Nasaie dan Ahmad)
No comments:
Post a Comment