Perkataan Iblis diambil dari kata dasar al-iblas. Ia membawa maksud jenis yang suka memberontak atau derhaka. Dari sudut bahasa ia dimaksudkan juga sebagai orang putus harap, sedih dan kecewa.
Sementara perkataan syaitan dari kata syatana (ba'uda) yang bermaksud jauh. `Jauh' itu mungkin boleh dirujukkan kepada tabiat makhluk itu sendiri yang jauh daripada manusia. Ataupun `jauh' iti dirujukkan kepada kejahatan yang daripada kebaikan.
Selain itu, perkataan syaitan diambil juga dari kata dasar syatnu (al ba'du) yang turut bermaksud jauh. Olah itu, kata as-syatin dimaksudkan sebagai orang yang jauh dari kebenaran.
Perkataan iblis diulang dalam al-Quran sebanyak sebelas kali di sebelas tempat. Iblis disebut dalam bentuk tunggal dan tiada dalam bentuk jamak. Antaranya dalam surah Saad: 74, Taha: 116 dan Al-Israk: 61.
Perkataan syaitan pula dalam dua bentuk iaitu tunggal dan jamak. Kata bentuk tunggal (syaitan) disebut di 70 tempat. Dalam bentuk jamak (syayatin) sebanyak 18 tempat.
Asal usul syaitan bermula daripada iblis. Iblis atau nama asalnya Azazil, malah pernah disebutkan namanya adalah Al Haaris menjadi penjaga syurga.
Menurut Ibnu Abbas pula, dikatakan ia dicipta seribu tahun lebih awal daripada manusia, dan adalah makhluk yang taat dan kuat beribadat.
Apabila sampai ke peringkat Nabi Adam diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi, semua makhluk disuruh tunduk kepada Adam. Iblis enggan kerana egonya. Lantas dia dihukum, dikeluarkan dari syurga.
Peristiwa ini jelas dinyatakan dalam al-Quran pada surah Al Baqarah: 30-36, Al A'raf: 11-18, Saad: 71-85, Al Hijr: 30-40.
Itulah sejarahnya perselisihan antara iblis dengan manusia. Iblis meminta supaya dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat seperti yang dinyatakan dalam surah Saad: 78, "Wahai Tuhanku. Jika demikian, berilah tempoh kepadaku sehingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
Permintaan ini diperkenankan Allah dan firman-Nya, " Dengan permohonanku, maka seseungguhnya sengkau dari golongan yang diberi tempoh hingga ke masa yang termaklum." (Saad : 80)
Seterusnya iblis bersumpah dengan katanya, "Demi kuat kuasa- Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu - yang dibersihkan daripada sebarang penderhakaan dan penyelewangan."
(Saad: 83)
PENGAKUAN IBLIS
Iblis dan suku-sakatnya dicipta daripada api. Ini jelas dengan pengakuan iblis sendiri dalam Al A'raf: 76 yang bermaksud,
" Allah berfirman, apakah yang menghalangmu daripada sujud kepada Adam ketika Aku memerintahmu? Iblis menjawab, "Aku lebih baik dari Adam. Engkau (Tuhanku) jadikan aku daripada api, sedang dia Engkau Perkara yang sama turut dijelaskan oleh hadis. Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malaikat dijadikan dariada nur (cahaya). Jin dijadikan daripada
marij (api). Dan Adam telah diterangkan kepadamu (iaitu daripada tanah)." (Sahih Muslim)
Sifat dan perangai syaitan, secara umumnnya adalah berlawanan dengan sifat dan perangai malaikat. Jika malaikat suka akan masjid, syaitan suka kepada tempat sebaliknya.
"Malah terdapat hadis (riwayat Muslim), bahawa Nabi berpesan kepada Ummu Salamah supaya jangan jadi orang pertama masuk pasar dan orang terakhir ke luar dari sana. Ini kerana tempat- tempat yang kotor seperti itu adalah menjadi kegemaran syaitan. Ia begitu kontra dengan sifat yang dimiliki oleh malaikat, yang menyukai tempat yang bersih dan damai."
TIGA SIFAT TERKENAL
Terdapat tiga sifat yang terkenal, seperti yang disebut oleh al- Quran :
Sifat Ar-Rajim (dilaknat)
Ini berdasarkan surah Al-Hijr: 34, yang bermaksud, Allah berfirman, "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) dilaknat." Begitu juga surah An-Nahl: 98 menerangkan, "Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang dilaknat." Sementara surah At-Takwir: 25 menyatakan, "Dan sebenarnya al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang dilaknat."
Sifat Al-Maarid (derhaka; jahat )
Surah As-Saafat: 7 menerangkan sifat ini, "Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan daripada masuk campur setiap syaitan yang derhaka." Dinyatakan juga oleh surah Al-Hajj: 3, "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara- perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang sebati dengan kejahatan." Turut dinyatakan dalam An Nisa: 117, "Apa yang mereka sembah yang lain daripada Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka (dengan demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka."
Sifat Waswasil Khannas (menghasut)
No comments:
Post a Comment